Thursday, June 16, 2011

Homemade Pizza

rasanya ni first time buat pizza kot (kalau dalam mimpi mungkin pernah buat tp tak ingat.. hahahaha) bknnya apa, mmg fail la bab uli menguli ni..hingga terpaksa minta bantuan superman.. fuhh kalau sendiri bikin mmg tarak jadi la, paling lama 1 minit. lenguhh.. so ni alasan yg bagus utk beli bread maker hehehe.. ada harapan cerah ni.. hmm hmm ;)



pizza sempoi taruh apa yg ada






ni jenis tebal sikit laa.. tp tak best sikit sbb taruh sosej ayam tu tak brp sedap la.




satu adunan bg 3, haa utk 2 org yg suka menguli sendiri dan tak suka vege, makan la hasil kerastangan sendiri hehe

ngapp.. tak kesah la bentuk 4 segi pun hehehe




Resepi spt yang diminta.. sebenarnya ni resepi chef tersohor iaitu chef hanieliza. umi mmg suka sgt ikut resepi chef hanieliza sbb senang. :)



Bahan A
500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur

Bahan B
3 s/b majerin/shorterning (umi pakai butter)
250 ml air


cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan
400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun oregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun oregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...


2 comments:

  1. Salam Umiyumi...Saya pembaca blog anda..bolh dapatkan resepi doh tak..teringin juga nak buah pizza di Adelaide nie

    ReplyDelete
  2. Salam Gina, rasanya umi pernah baca blog Gina jugak.. hehe.. umi dah letak resepi kat atas. resepi chef hanieliza sebenarnya. try la, senang sj nak buatnya.. dan insyaallah sedapp :)

    ReplyDelete