Friday, October 7, 2011

Lap-a-thon

Sekarang adalah musim cuti sekolah selama 2 minggu. Rasa macam banyak sangat cuti kat sini. Baru sekolah sebulan dua dah cuti 2 minggu. Ramailah juga yang pergi bercuti time ni dan bawa anak jalan2 tapi kami cuma jalan dekat2 aje, bkn tak teringin nak pegi holiday tapi ada 'anak' yang tak boleh tinggal sbb tak sampai hati.. nanti siapa nak bg makan? dan tak boleh lupa muka dia yg monyok tunggu di tepi tingkap bila kena tinggal :p

Gambar di bawah adalah lap-a-thon yg berlangsung kat sekolah baru-baru ni. Kira mcm aktiviti mcm kat msia juga buat jogathon utk kutip derma. yg ni budak2 boleh minta sponsor, nak bg derma sekaligus atau bergantung kepada brp lap budak2 tu buat pusingan dalam masa satu jam. derma ni adalah untuk sekolah buat pembelian alat pembelajaran. Apa yang bagus ialah pihak sekolah menjemput ibu bapa yang sukarela untuk membantu semasa lap-a-thon berlangsung dan ibu bapa pun ramai yang sporting dtg untuk membantu.



DSCN4663
budak kecik ni dapat buat 26 lap!

DSCN4713
semput2 pun dapat 17 lap :)

DSCN4705
sempat bersaing dengan awek mana ntah :p

DSCN4696
bukan setakat berlari, yg nak buat gaya bebas pun boleh. bg yg tak larat berlari, boleh la merangkak ;)

DSCN4699
dah puas merangkak, berguling pulak :D

DSCN4673
dan kalau nak, boleh jalan pegang tangan dengan awek dan bakal mak mentua!! adoiii.. tp menurut budak2 ni mereka hanyalah berkawan baik (best friends).. fuhh..hari2 kat sekolah jalan berdua, bila balik dari art class, jalan berdua tiba2 hujan berpayung dua org dengan jaket, tengok slide presentation kat kelas duduk berdua2. ehh best friend betul laaa :p

2 comments:

  1. uishh.. bahaye tue...berdua je..hehe

    ReplyDelete
  2. haah tu la.. kecik2 dah pandai bestfren2 nih.. jenuh nak kena nasihat hari2 hehehe

    ReplyDelete