Thursday, January 10, 2013

VacSwim

Apa yang bagusnya dengan kurikulum sekolah di sini ialah setiap pelajar diwajibkan mengikuti kelas renang di sekolah. Setiap kelas akan dibawa menaiki bas ke pusat akuatik dan diajar berenang oleh jurulatih bertauliah dibawah jabatan pelajaran. Kemudian digredkan mengikut tahap kebolehan masing2. Tahun ni dua2 hero saya berada di tahap tiga. Perlu lulus tahap ini untuk ke tahap seterusnya.

Selain itu, ada program renang musim cuti persekolahan - VacSwim (vacation swimming) yang ditawarkan kepada pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mengisi musim cuti. Ada short program (5 hari) atau program standard 10 hari dengan kos hanya $1 untuk sehari bagi setiap pelajar. Boleh pilih tempat mana kita nak belajar di mana2 kolam renang ataupun di tepi pantai.. dah tentu kami pilih yg dekat dgn rumah. Walaupun kos belajar renang murah, kos masuk ke pusat akuatik ni boleh tahan mahal juga. Apapun, seronok juga lah dpt tengok skil anak2 ni berkembang.

Maklumat lanjut program renang boleh rujuk di sini: http://www.det.wa.edu.au/curriculumsupport/swimming/detcms/portal/
dengar arahan dari jurulatih


lepas habis berenang, main air la pulak
ini deep water pool


sy sebagai penonton ajelah. selain tu ada kemudahan gym dan kolam mainan kanak2 di sini

2 comments:

  1. untungnya la dpt $1 per day!
    kami bayar mahal juga. Mcmana tu nk dpt rate mcm tu? Sbb state swim class ya akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazia enrol online tak? kena brp $?

      Setahu k umi rate dia mmg $1 sehari, yg mahal tu sbb kena byr entrance ke aquatic centre.

      Delete