Sunday, May 19, 2013

Membeli pisang kaki (persimmon) di Willow Spring Orchard, Bedfordale

Tidak sah rasanya kalau musim luruh kami tidak ke sini. Waktu ini adalah waktu yang paling saya tunggu-tunggu kerana saya memang sangat suka makan buah pisang kaki ni. Kali ini kami disertai oleh kawan yang datang ke sini atas urusan kerja dan berjalan-jalan. Kami merancang melawat ke kebun pisang kaki sebelum ke Araluen Botanic Park untuk berkelah.

Asalnya ingin singgah di Waterwheel Orchard. Tapi kami sampai agak awal dan bangsal tidak dibuka. Kami pun tidak pasti samada mereka sudah mula membuka bangsal untuk menjual buah. Lalu kami ke kebun bersebelahan..Selepas habis kami melawat ke sini dan membeli buah, barulah kami nampak yang bangsal Waterwheel sudah dibuka! Tapi memandangkan kami sudahpun membeli buah di WSO, kami tidak lagi singgah di situ.

Tips dari saya jika anda mahu buah yang dibeli tahan lebih lama, janganlah beli buah yang sudah terlalu masak. Saya lebih suka buah yang baru masak kerana lebih rangup.

Jom tengok gambar!
Tak pernah jemu melihatnya

Buah segar mempunyai lapisan putih seperti ini yang perlu di'polish' sebelum dijual

Sangat lebat buahnya

Budak-budak pun tak lepaskan peluang mengambil gambar

Bangsal buah

Geram tengok buah bergantungan

Heee

Ada yang dah terliur?

Buah dipek mengikut gred. Yang ni semuanya dah terlalu masak dan perlu dimakan segera

Ambil gambar photographer cilik :)

Pekerja mengkelaskan buah

Selain pisang kaki, buah kiwi gold pun ada dijual

Lewat musim luruh nanti semua daun akan bertukar warna oren kemerahan..

16 comments:

  1. Saya pun suka buah pisang kaki. Dulu2 pokok pisang yg mcm kipas tu saya ingat pokok buah pisang kaki. Rupanya pokok dia mcm lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Wati.. ingatkan pokoknya mcm pokok pisang, rupanya sejenis pokok kayu hehehe :)

      Delete
  2. mcm mana isinya..tak pernah makn pon..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isinya sangat manis, rangup macam epal. Tapi bila dah masak sangat, jadi lembut.. kalau biar lama2 jd lembik.. mcm mangga pulak :)

      Delete
  3. ya Allah kak...seronoknyer, rasa cam nk terbang terus gi sana tau kalu ada sayap ni hehehe...

    geram betul nengok pisang kaki tuh, ohooo gitu rupenyer gaya daun dia..
    kalu tgk sekali imbas pisang kaki nih cam buah mentega... cume buah mentega tuh berbulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok dapat tengok sendiri, Dana. Ada peluang datanglah.. dpt rasa sendiri pengalaman sebegini.

      Oo. first time dengar nama buah mentega.. cemana rasanya tu adakah sama macam mentega? :)

      Delete
  4. Salam..sy akn g ke perth 24hb ni atas urusan UM.nk tau cuaca musim luruh ape yg perlu dibawa ye?xpnh lg jejak kaki di australia.perlu ke bwk bj sejuk tebal dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam miss nurul,
      Boleh refer kat sini untuk maklumat cuaca
      http://umiyumi2.blogspot.com.au/2013/05/tips-musim-sejuk-di-perth-oleh-cik.html

      bawalah baju yg bersesuaian mcm hoodies, jacket atau cardigan. kalau tak cukup tebal, boleh je pakai baju 2-3 lapis ;)

      Delete
  5. wah bestnyer tgk buah ade mcm tomato kdg ada nmpaq cam buah pic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul tu. Bentuk macam tomato, tapi kaler macam buah pic. Boleh buat teka teki kan? :)

      Delete
  6. salam...
    nak tny ktne jual area Pj??

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum puan, saya Faiz pelajar UPM Serdang..saya dan kawan2 rancang nak buat latihan industri ke Spring Valley Orchard, Donnybrook selama 3 bulan..puan pernah dengar tak tentang tempat tu?kami nak cari tempat praktikal berkaitan pertanian yang berbaloi untuk pengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt..
      Ya, ada dapat email dari Nurul Huda. Satu kelas ke? Boleh baca tentang Spring Valley Orchard di sini: http://umiyumi2.blogspot.com.au/2013/05/melawat-ladang-epal-spring-valley.html

      Delete
  8. Salam kak.sy ina..sy rancang akan ke perth bersam keluarga pd nov 2015..sy sy bermint bila tgk blog akk pergi ke ladang epal dan buah pisang kaki..nk tnya, pd bulan nov still ada ke aktiviti petik epal n musim buah pisang kaki??tq diatas info yg sgt berguna dlm blog akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Maaf lewat jawab.. buah pisang kaki ni musim luruh (autumn) aje iaitu pada bulan mac-mei macam tu. bulan nov tak ada epal rasanya.. epal pun lebihkurang pertengahan tahun. Buah yg byk bulan nov tu ialah buah strawberi.. :)

      Delete