Thursday, January 30, 2014

Garden Updates and new backyard fence

Musim panas (summer) ni tak banyak gambar pokok dan bunga kerana cuaca panas sehinggakan rumput pun menjadi kering dan perlu disiram. Tapi kat sini tak boleh siram sesuka hati atau setiap hari ya. Ada hari tertentu yang dibenarkan untuk menyiram pokok. Giliran rumah kami ialah pada hari Khamis dan Isnin sahaja. Untuk menyemak watering days untuk rumah anda yang berada di sini sila layari laman web INI.

Aktiviti petang juga adalah terhad, biasanya selepas pukul 6 petang baru cuaca agak sejuk sedikit. Waktu itu kami sekeluarga biasanya cuma 'mengemas' laman di bahagian depan dan belakang. Kebetulan ada longgokan mulch percuma di rumah sebelah. Mulch ini digunakan untuk menutup tanah di sekeliling pokok-pokok bagi mengelakkan rumput dari tumbuh dan juga supaya tanah kekal lembap dan tidak cepat kering.

Terkini pemilik rumah bersebelahan telah datang membuat kerja-kerja pembaikan rumah termasuk menebang pokok dan memasang pagar yang baru.

p/s: Green waste verge collection ialah hari di mana pihak majlis perbandaran akan datang mengutip sampah berupa batang pokok yang ditebang dan daun-daun kering dari rumah penduduk. Seminggu sebelum kutipan berlangsung, penduduk dibenarkan memotong daun/ranting pokok di rumah masing-masing dan dilonggokkan di tepi jalan.

Abang siap dengan wheelbarrow dan penyodok

Adik tolong angkut mulch. Muka masam tu sebab kena larang main kayu

Musim ini juga ada green waste verge collection



Pokok ini telah ditebang.. gambar ni diambil waktu musim bunga (boleh tengok kat SINI)


Walaupun cantik terpaksa ditebang kerana akarnya menjalar dan merosakkan rumah
Penebang pokok profesional

Lengkap dengan peralatan keselamatan dan penutup telinga
Pokok yang ditebang terus masuk mesin dan diproses menjadi serpihan (mulch)





Pagar baru semasa dalam proses pemasangan
Sudah siap! Baru ada privacy. Agak panas sikit kerana pokok di atas sudah ditebang
Lepas ni boleh sambung tanam sayur dan berBBQ :)


Pokok lemon yang berjasa meneduhkan pokok lain dari sinaran mentari

Banyak buah lemon dah masak :)


8 comments:

  1. Salam Umi..rajinnya bercucuk tanam....byk tanaman kat bwh pokok lemon tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Atie..
      Bolehlah ada serba sedikit setakat nak makan sendiri tu.. ada tanam kesum, daun pudina, serai, cili, celery dan herba macam thyme dan rosemary :)

      Delete
  2. Assalamualaikum umi..ee geramn sungguh nmpk buah lemon yg byk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam UJ,
      Haah lemon tengah banyak tu. Kalau UJ duduk dekat2 bolehla datang petik :)

      Delete
  3. kenapa dibuat penggiliran siram pokok tu ya? mengelak pembaziran air ke? bagus betul pengurusan sampah di aussie ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuannya untuk menjimatkan air dan supaya pokok dan rumput jadi drought resistance.. bila kurang air, akar akan menjalar cari air. Lagi satu kat sini hujan kurang tak mcm tempat kita.. winter kat sinilah musim hujan tu pun tak selalu hujan.

      Bab pengurusan sampah diorang mmg bagus, sampah kutip seminggu sekali. Ada 2 jenis tong, satu khas untuk sampah recycle. Seorang pemandu akan bawa lori dan angkat tong guna hydraulic arm dari lori. Kat sini bolehlah buat sebab tong boleh letak tepi jalan kat depan rumah.

      Delete
  4. Meriahnya pokok tu berbuah ...seronok tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni belum betul2 meriah lagi Mrs Smile.. time meriah buah betul2 lebat dan besar2 sebesar buah grapefruit, dan bulat tak mcm lemon dah :)

      Delete