Tuesday, August 26, 2014

Book Week 2014 dan morning tea untuk cikgu

Minggu lepas telah berlangsungnya acara tahunan Book Week yang ditunggu-tunggu oleh pelajar sekolah. Pada minggu tersebut banyak aktiviti dijalankan contohnya melawat ke perpustakaan berdekatan dan bertemu dengan penulis buku, Open Night sekolah dimana ibu bapa dapat memilih buku untuk disumbangkan ke perpustakaan sekolah dan kemuncaknya pada hari Jumaat pelajar berpeluang memakai pakaian mengikut watak kegemaran dari buku. Adik dah jemu pakai baju batman katanya, terpaksalah cari pakaian yang baru. Tahun ni jadi superman pulak.

Kami juga menyediakan morning tea sempena raya kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Cuma dapat buat RV cupcake dan beli party pie aje. Pening juga nak fikirkan menu, kalau buat menu makanan kita, takut terlalu berat, lagipun dah namanya morning tea dan dah tentu perlukan menu yang tidak begitu berat dan senang dimakan seperti finger food..

Jom tengok gambar..
The new superman
Superman pun pergi sekolah :)
Perhimpunan sekolah.. 

Tak sempat tengok fashion parade sebab diadakan lewat sikit haritu




Frozen party pie cuma perlu panaskan dalam microwave

RV Cupcake.. hantar hampir 60 biji ke sekolah

Oklah kan?

Alhamdulillah diorang semua suka :)

4 comments:

  1. Olololo adik jadi superman.Hehehe

    Ini la antara benda yg saya suka kat OZ sbb byk aktiviti santai mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fi.. budak2 memang tertunggu-tunggu aktiviti macam ni. Kita pun tumpang seronok jugak tengok :)

      Delete