Monday, June 30, 2014

Early winter fruits

Jom tengok sekarang ni musim buah apa (awal dan pertengahan musim sejuk).. ada buah citrus seperti mandarin, epal seperti pink lady dan avocado. Banyak betul limau mandarin dijual di pasaraya dan farmers market.

Satu lagi kalau nak tahu kalau betul atau tak musim buah tersebut adalah ia akan dijual dengan harga lebih murah berbanding biasa. Walaupun avocado masih boleh didapati diluar musim, kemungkinan ianya telah disimpan dalam peti sejuk atau buah yang diimport.

Jom buat es teler!

Mandarin manis dan murah


Ini namanya Blood lime
Sunrise lime.. sedap buat acar nih
Vitamin P?




Boleh juga beli campur-campur
Boleh cuba, kena makan dengan kulit-kulit :)

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Mubarak

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat di mana saja anda berada.. Saya dan keluarga mohon maaf jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa, atau ada perbuatan/perkataan yang mengguris perasaan.

Kami di sini berpuasa dalam musim sejuk (winter). Memang seronok sekali sebab tak terasa lapar dan dahaga tetapi sudah tentu rasa sangat sejuk. Waktu berbuka adalah lebih awal iaitu kira-kira pukul 5.23 petang dan paling lewat di penghujung Ramadhan kira-kira jam 5.42 petang.

Menu berbuka pada hari pertama ialah menu biasa sahaja, cuma tambah buat roti jala atas permintaan anak-anak.

Berpuasa di sini boleh mengajar kita untuk bersederhana. Kalau masak sendiri, cuma masak ikut apa yang termampu hendak di makan. Tapi sesekali kalau ke bazaar Ramadhan, boleh lupa diri jadinya :p

Peminat roti jala yang rajin menolong di dapur

Boleh tahan la kan hasil kerjanya ni :)



Budak yang tak puasa dalam rumah ni

Suka buat muka kesian minta makan.. makan banyak pulak tu.. isk3

Sunday, June 22, 2014

Jalan-jalan Albany: Albany Wind Farm (Video)

Kali ini saya kongsi video yang diambil semasa berada di Albany Wind Farm. Cuba dengar bunyi bilah kipas dan angin yang kuat itu.

Maaf kalau kualiti video tak berapa bagus dan pengacara pun kurang pengalaman :)

Thursday, June 19, 2014

Jalan-jalan Albany: Albany Boatshed Markets. Albany Wind Farm dan perjalanan pulang ke Perth

Hari ketiga iaitu hari terakhir kami di Albany, kami telah berkunjung ke Albany Boatshed Markets yang terletak bersebelahan Albany Marina. Ingatkan besar pasarnya rupanya kecil aje, semuanya terletak di bawah satu bumbung. Kami cuma berjalan sebentar melihat suasana di pasar ini, ingatkan ada makanan laut segar yang menarik rupanya biasa sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web AlbanyBoatshedMarkets.

Selepas itu kami menuju ke Albany Wind Farm yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Albany. Sangat cantik sekali pemandangan di situ..dan betapa kuatnya bunyi kipas yang berpusing. Kalau duduk dekat-dekat rasa gerun juga tapi lama-lama rasa seronok bila dapat tinjau pemandangan dari lookout points yang disediakan, ditambah pula dengan angin yang bertiup memang agak sejuk di situ.

Setelah puas meninjau kawasan sekitar, kami terus bertolak pulang. Singgah makan tengahari di kawasan rehat bersebelahan stesen minyak di Mt Barker. Cantik juga tempatnya. Kawasan rehat di sini sangat berbeza dengan tempat kita. Kalau ada meja dan kerusi panjang tu dah cukup baik. Kebanyakannya cuma ada tong sampah sahaja.

Jom layan gambar...
Suasana di Boatshed Markets

Coklat dan manisan

Madu dengan pelbagai perasa

Sayuran segar

Persembahan nyanyian

Jom jenguk kat luar market

Boleh melepak atas pasir sambil tengok bot ;)

Perjalanan menuju ke Wind Farm

Pondok berlindung sekiranya hujan

Papan maklumat di tepi laluan

Adik dan abang

Ada petikan kata-kata mutiara dipamerkan di sini

Salah satu kincir angin (wind turbine)

Cantik sekali kan.. kalau nampak macam kabus di tebing itulah sea spray mist

Sampai juga ke sini.. seronok dapat jalan-jalan

Pemandangan dari look out 2

Boleh nampak pondok dan kawasan parkir

Look out ke 3, perlu mendaki lagi

Kawasan rehat di Mt Barker

Singgah makan dan minum.. dah kemas barang pun adik belum habis makan :p

Cantik betul pokok ditanam dalam tong kayu

Antara kawasan rehat dalam perjalanan.. tiada kemudahan tandas

Sepanjang jalan di Albany highway

Antara pemandangan biasa ialah ladang yang luas dan ternakan seperti lembu dan biri-biri

Wednesday, June 18, 2014

Jalan-jalan Albany: Bandar Albany dan Visitor Centre

Alang-alang dah sampai, jom kita jenguk Bandar Albany..

Bandar Albany terletak kira-kira 15-20 minit dari tempat kami menginap di Emu Point. Ada banyak pantai dan tempat penginapan di sini dan kalau nak duduk betul-betul dekat dengan bandar pastikan tengok peta dulu. Tapi kalau ada kenderaan tak ada masalah nak tinggal mana pun ;)

Sedikit info dari laman web Wikipedia:
Albany /ˈælbəni/ is a port city in the Great Southern region of Western Australia, some 418 km SE of Perth, the state capital. As of 2009, Albany's population was estimated at 33,600, making it the sixth-largest city in the state.[2]

Jalan menuju ke bandar, mendaki bukit

Bulatan di tengah bandar.. belok kiri ke York Street

York Street.. pemandangan cantik, nampak laut di depan

Kedai dan bangunan lama di kiri kanan jalan

Senibina macam hotel kat Perth city

Hajat nak ke visitor centre tapi terlajak sampai ke sini

Albany Waterfront Marina

Marina

Ada jeti untuk pemancing :)

Pemandangan di bandar Albany

Visitor Centre

Jom tinjau apa yang ada

Cenderamata, video informasi serta skrin interaktif multimedia

Adik bergaya dengan topi

Brosur pelancongan

Hasil seni dan buku

Produk tempatan

Sos cili

Jeruk

Jangan lupa dapatkan peta Albany percuma dan penerangan dari staf di sini yang sangat peramah

Patah balik ke bandar, jalan kaki tengok kawasan sekitar

Terjumpa kedai kebab halal di York Street

Rupanya kedai ni baru dibuka.. senanglah nak dapatkan makanan halal kat Albany kan?

Stesen radio tempatan. Kalau berdiri kat depan bangunan ni boleh dengar siaran radio

Singgah pula ambil gambar Dog rock. Albany ni memang banyak kawasan berbatu.. besar-besar pulak tu

Adik pun tak lepaskan peluang nak bergambar di sini :)