Tuesday, November 22, 2016

SOLAT JUMAAT DI PERTH

Bagi Muslimin di Perth memang tiada masalah untuk menunaikan solat Fardhu Jumaat. Selain masjid dan surau sedia ada, ada beberapa tempat yang disediakan khususnya untuk anda menunaikan solat Jumaat.

Jangan terkejut bahawa ada gereja yang telah membuka pintu mereka untuk jemaah menunaikan solat iaitu di Beaconsfield, berhampiran Fremantle. Walaupun ditawarkan ruang utama gereja, Imam telah memilih dewan komuniti sebagai ruang bersolat untuk jemaah. 

Menarik kan, tiada masalah kerana adanya toleransi dan saling menghormati di antara agama. Untuk artikel penuh boleh baca di SINI atau artikel asal di SINI.

Sumber gambar dari sbs.com

Selain itu, untuk yang tinggal berdekatan Cannington - mulai 18 November 2016 kemudahan ruang untuk solat Jumaat telah disediakan di Cannington Leisureplex. Boleh rujuk poster di bawah untuk maklumat lanjut.

Poster dari Aussiemuslims.NET

No comments:

Post a Comment