Tuesday, January 24, 2017

Makluman Penutupan Kawasan Rekreasi

Kepada anda yang merancang untuk ke taman rekreasi terutama di Perth Hills sila baca maklumat di bawah ya...


Dari Facebook Mundaring:

Please note the following from Water Corporation
ALL Perth dam picnic areas (including Mundaring Weir) will be closed from 24 Jan 2017 until at least Saturday 28 Jan 2017 due to dangerous weather conditions forecast by Bureau of Meteorology. Please avoid the area and observe all signage.
 to keep up to date on park closures.

E Shed dan Australia Day pada 26 Januari 2017

Untuk makluman bagi yang melancong ke Perth, hari Khamis 26 Januari 2017 merupakan hari cuti umum iaitu Australia Day. Tapi jangan risau kerana tempat tumpuan seperti E-Shed ni akan dibuka pada hari tersebut.

Boleh tengok poster di bawah atau layari facebook E-shed di SINI.

Atau anda boleh juga melihat aturcara yang dirancang sekitar Perth semasa Australia Day berlangsung termasuklah pertunjukan bunga api (fireworks) dan acara-acara lain di SINI.


Monday, January 16, 2017

Radiothon 2017

Warga Perth jom sertai Radiothon 2017 anjuran MAWA.. banyak aktiviti yang telah dirancangkan bermula 14 Januari sehingga 18 Februari 2017.

Untuk maklumat lanjut, layari http://mawa.net.au/event/radiothon2017/

Atau rujuk poster di bawah:





Wednesday, January 11, 2017

Program Maulidur Rasul di Al Hidayah Centre pada 29 Januari 2017

Saya kongsikan maklumat ini untuk hebahan kepada warga Perth.. 

Anda juga boleh layari laman web Alhidayahcentre.org.




53rd Festival of Busselton

Festival of Busselton kini berlangsung dari 1-31 Januari 2017. Banyak aktiviti yang telah dirancangkan untuk sebulan semasa musim cuti sekolah ini. Kalau sesiapa yang berada di Busselton masa ni boleh la jenguk-jenguk apa yang menarik kat sini. :)

Contohnya tayangan filem, seperti ini:



Maklumat lanjut boleh layari laman web Festival of Busselton ata facebooknya.


 






Tuesday, January 3, 2017

School Holidays Kids Coding Camp @ Malaysia Hall Perth - 27 January 2017

Untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun.

Tarikh: 27 Januari 2017 (Jumaat)
Tempat: Malaysia Hall Perth
Masa: 9 pagi - 12 tengahari



Program Jom Mengaji @ Malaysia Hall Perth

Program musim cuti sekolah untuk anak-anak berumur 7-15 tahun.
Setiap Selasa dan Khamis
11 pagi - 1 tengahari

Jika berminat, sila hubungi nombor yang tertera.