Sunday, May 15, 2011

Bandar Perth dan Harbour Town

Bandar Perth waktu puncak adalah sama macam KL agaknya sbb pagi2 nampak jalan jam aje menuju ke sana.. biasa lah kan, org pergi kerja. petang2 masing2 balik pun jam juga hehe.. so waktu yang paling mudah nak jalan ialah hari minggu..

kat sini kdg2 rasa cam jalan kat penang pun ada, disebabkan bangunan lama yg terdapat di sini.. tp sinilah paling byk bangunan tinggi2.. kalau kawasan perumahan, payah nak jumpa rumah sarang burung (flat/apartment/kondo). paling tinggi pun 3 tingkat kot..

bg yg memandu menggunakan GPS, harap bersedia dgn map kerana kdg2 isyarat GPS boleh hilang kat sini! (terlindung dgn bangunan gamaknya)






lokasi tumpuan adalah Harbour Town yg terletak di Wellington St.







Harbour Town ni tmpt popular jugak utk org bershopping dan melepak. bangunannya cuma 2 tingkat saja dan best kalau nak cari kasut dan pakaian.. dan paling best adalah adanya kedai Royal Doulton. kalau lapar, ada kedai kebab yang halal kat sini. Tq pd Pn Ila (kacipfatimah) kerana berkongsi maklumat.. hehehe





kat sini aktiviti mengambil gambar adalah terhad krn org di sini tak seperti org kita yg sgt peramah dan photo friendly. nak amik gambar pun tak berani takut org marah/tak suka. sebabnya, even kat sekolah kita kena nyatakan kalau kita benarkan gambar anak kita di amik di sekolah sbb ada parents yg tak mahu gambar anak mrk dirakam.. haa faham2 sendiri la.. budaya camtu :p




nota tambahan :


- untuk yg nak berkunjung ke sini, ada 2 kedai kebab yang halal kat harbour town. Ispa kebab dan satu lagi tak ingat namanya. dan untuk makluman harga makanan kat perth ni adalah agak mahal.


- surau yang selesa disediakan di harbour town management office

2 comments:

  1. Replies
    1. boleh, no problem. cuma ada segelintir yg tak suka bergambar. kawasan pelancong mcm ni tak kisah nak bergambar :)

      Delete