Monday, September 17, 2012

Restoran Sara Thai - Karawara

Sudah dua kali kami ke sini. Kali pertama ialah bila saya dan hubby pergi survey tempat ni minggu lepas. Dengar kata tomyamnya sedap. Kami cuma order nasi putih dan tomyam ayam serta wonton soup. Mmg sedap.. so kali kedua bawa budak2 untuk dinner kat sini malam semalam. Tomyam nya mmg byk kuah, portion nasi pun banyak. Tomyam ni kalau tak silap rasanya macam tomyam yg kami pernah makan kat restoran rimbun aseana dulu. Restoran rimbun ni dah tutup..tp chefnya mmg berpengalaman bertahun2 masak kat hotel. Kalau tak silap sekarang restoran tu bawah pengurusan baru (Intai2).

Untuk dinner kami order nasi goreng ikan masin dan nasi goreng tomyam. Bagi saya kalau mkn nasi putih dengan tomyam semangkuk pun dah boleh jadi kenyang sampai tersandar. Tapi bila tengok orang sebelah mkn nasi goreng ikan masin, rasa mcm nak cuba juga lah. :)

Alamat restoran:
Waterford Shopping Centre
7/213 Kent Street Map.6773cc7 
KarawaraWA 6152 
Tel: 08 9450 8111

Oh ya, masa kami pegi berdua, sempat jumpa dengan ownernya yang ramah dan datang mengambil order sendiri. Chefnya sendiri pun datang mengucapkan terima kasih bila kami sudah nak beredar dan memberikan senarai menu sekiranya berminat untuk take away. Restoran dibuka untuk waktu makan tengahari dan malam. Hari Sabtu Ahad cuma dibuka untuk dinner :)

wonton soup


suasana kedai.. waktu siang. kami adalah pelanggan pertama



kedai buka 11.30 pagi tp kami masuk 11 pagi he he

lokasinya di waterford shopping centre, karawara

menu.. purple, my fevret kaler


harganya ok boleh tahan


budak2 happy dinner kat luar sekali sekala.. jarang sgt dinner kat luar sebenarnya



suasana waktu malam

budak rambut panjang tu mau nasi goreng tomyam

portion yg sgt banyak

tomyam ayam.. ada rebung $6.90

seafood tomyam $7.90

nasi goreng ikan masin.. termengah2 nak abiskan :p $8.90



stir fried vege $10.90


nasi putih dah kena kuah tomyam




8 comments:

  1. sara thai mmg sedap:) masa study dulu boleh kata setiap minggu wajib gi sini makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. sblm ni ada baca review pasal kedai. ada yg kata tak sedap tu yg tak berani nak try. cuma bila ada kawan recommend br berani pergi hehe.. :)

      Delete
  2. tom yam ayam dia nampak mengancam mcm tomyam dkt jhonny's jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. mengancam mcm johnny's. balik ni nak serbu johnny's jugak. budak2 dah rindu sgt nk mkn steamboat :D

      Delete
  3. Aslmkum Umi.tomyam Thai pasti 'power' kan rasanya....
    ceria abg tunggu makanan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama..
      tomyam thai tu mmg fevret.. sbb suka rasa masam2 pedas tu dan hirup panas2 hehe.. budak2 tu kalau tunggu makanan diorang suka mmg ceria habis :)

      Delete
  4. dua orang budak yang happy sokmo tu kemain lagi order nyer ye... nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 ni mmg suka sangat kalau dpt mkn kat luar dah order ikut selera masing2. makanannya boleh tahan sedap :)

      Delete