Tuesday, December 17, 2013

Morish Nuts - Swan Valley

Satu lagi tempat tarikan pelancong untuk membeli belah di Swan Valley, iaitu Morish Nuts! Seingat saya sewaktu kunjungan terakhir ke sini, belum wujud lagi kedai/kilang ni. Senang saja nak mencarinya kerana kedai ni terletak bersebelahan Mondo Nougat. Ada pelbagai jenis kacang dalam pelbagai perasa/salut tepung atau coklat dari yang biasa sehinggalah yang pedas.

Selain dari itu, Morish Nuts juga mempunyai gerai di Fremantle Markets, iaitu gerai No 99. Fremantle Markets dibuka setiap Jumaat sehingga Ahad.

Alamat kedai dan kilang di Swan Valley:
640 Great Northern Highway, Herne Hill WA 6056
Open Mon-Fri from 9.00am to 4.30pm 

Laman web: http://www.morish.com.au/
Lepas beli nougat, bergerak ke kedai sebelah pula iaitu Morish Nuts

Kacang dengan madu, apricot pun ada

Suasana dalam kedai, tema hitam putih

Harga jualan di kilang adalah lebih murah

Kacang bersalut coklat

Perasa abalone dan wasabi pun ada

Kaunter bayaran

Cabin carry bag dengan aneka kacang atau boleh minta tukar dengan perasa disukai

Maskotnya dah tentu la kacang

Jom pilih

Tingkap yang kelihatan menunjukkan ruang kilang di dalam

2 comments: