Tuesday, August 14, 2012

Cafe, Tea Room & Gift Shop @ Guildford

Jom layan gambar2 ni pulak.. kafe pertama ialah sebuah kafe kecil berkonsepkan Paris yg terletak di bahagian belakang kedai2.. kalau ikut signboard baru nampak kafe ni. Kelihatannya sangat menarik, dihias dengan pokok bunga dalam barrel, yg diletakkan di atas wheelbarrow. Musim bunga akan datang ni tentu pokok bunga ni dipenuhi bunga2an,  mesti lebih cantik. Kafe Paris ini turut menjual cenderamata dan hasil seni lukis. Saya cuma ambil gambar kat luar, tak sanggup masuk dalam kafe sbb tak tahan bau aroma kopi di bulan2 puasa ni!

Bila menyusuri kedai2 antik di sini, ada beberapa kafe lagi yg kelihatan..Saya cuma ambil gambar tea room yg menarik utk diletakkan di sini. Tearoom yg pertama tu adalah tempat yang diberitahu oleh MamaTiaMia. Saya tak masuk ke dalam, cuma ambil gambar dr luar saja, seperti biasa bau kopi menusuk hidung :). Kemudiannya saya singgah ke sebuah kedai cenderamata yang berkonsepkan hiasan ala Peranchis. Wahh rambang mata dibuatnya. Setelah puas cuci2 mata di kedai tu, saya sempat sambar table runner dan bakul wrought iron. Kebanyakan barang kat sini dtgnya dari China atau India, tp sebab hati dah berkenan saya belilah juga.

Seterusnya saya singgah ke tea room dan gift shop yang menjual barang berasaskan quilt. Sekali lagi rambang mata! Saya berkenan set cawan di situ tapi harganya agak mahal iaitu kira2 $11 utk sepasang cawan dan piring. Setelah berfikir panjang akhirnya saya buat keputusan untuk beli fridge magnet sahaja. Lain kali hajat nak singgah lagi ke sini sbb tak puas tengok kedai ini. Paling menarik, kopi di sini dihidang dalam pelbagai jenis cawan teh ala English yang cantik2!
jalan2 di lorong belakang, ada beberapa kedai kecil di sini

The Paris Cafe.. ada mcm kat Paris tak?

signboard ke kafe

Guildford Village Tea Room.. nampak sgt cosy

Nama kedai ni Browsing on James. James tu ialah James Street.. alamat kedai ni

sepasang kerusi kayu dan meja utk lepak2 minum teh

pelbagai barang berkonsepkan red and white

perabot, aksesori, hiasan meja dll

hiasan rumah.. geram tengok doilies yg cantik2 tu

yg ni pun geram tengok cantik2..

mcm nak duduk satu hari je kat sini, belek2 barang :)

tea room seterusnya.. tengok dari luar pun dah sangat cantik!

bakul

lavender dalam bakul.. very country style


paling tak tahan tengok semua barang2 ni termasuk welsh dresser yang shabby chic tu!

sambil minum2, sambil cuci mata.. saya cuci mata je. hehe

rak ni pun cantik sangat. byk brg cantik2. geramnyaa

saya cuma beli table runner ni kat kedai browsing on james

boleh zoom tengok tassel

love embroidery

magnet2 ni semua beli dkt tea room (Maddison Cottage)

rasanya yg ni kat romantika pun ada kot?

teapot FM

yg ni mungkin ada kat lovely lace? dah lama tak ke lovely lace :D

FM vanilla cupcakes

wrought iron basket beli dkt browsing on james

2 comments:

  1. Salam Umi yumi..wahhhh umi bestnyerrrr..walauun dah pernah pergi sekali rasa nak pergi lagi ni kalau ada rezki ke Perth:) Tak sempat pi jalan2 lorong belakang tu,tau lah masa tu Tia Mia kecik sikit lagi bila spent masa lama dalam kedai antique tu ter baring-baraing dia atas lantai:) seronok lah Umi boleh pergi selalu,saya tak sempat jugak minum kat situ last time,macam2 tempat nak di kejar.tengok gambar2 umi ni fikir why tak beli this and that last time hee..hee.Selamat Hari Raya Aidil Firi dari kami buat Umi sekeluarga,tak balik mesia ke this year?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zu,
      ada rezeki nanti dtglah lagi ke sini..boleh jalan2 ke rumah umi. mmg kalau nak pegi guildford ni kena spend satu hari kat situ baru puas hati. bila tengok gambar ni baru nampak benda2 yg kita tak nampak ms kat kedai kan? haha Tia Mia sampai baring2 atas lantai kedai? umi pegi ni pun time budak2 kat sekolah. kalau tak, maunye dia mintak kete mainan antik tu. hee tak sanggup den..
      Oh ya Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Zu sekeluarga. raya ni tak balik, beraya di sini saja. Insyaallah lepas ni mmg ada plan nak balik sekejap jenguk family di kampung. :)

      Delete