Thursday, May 29, 2014

Autumn Fruits

Jom tengok buah-buahan yang senang didapati sekarang... lewat musim luruh ni ada banyak buah limau mandarin dan pisang kaki (persimmon). Pisang kaki biasanya senang beli di kedai oriental ataupun IGA. Tak nampak pula kat Coles atau Woolies. Tak lupa juga buah berangan (chestnut). Oh ya..Sekarang musim yang sesuai untuk melawat ladang pisang kaki kerana daun-daun pokok sudah bertukar warna menjadi oren.

Cashier kat kedai oriental bagi petua untuk masak buah berangan: masukkan buah berangan dalam bekas tahan microwave, tambah sedikit air, masukkan ke dalam microwave dan set selama setengah jam.

Limau mandarin siap dengan daun sekali
Buah berangan besar-besar

Pisang kaki second grade

Masih elok cuma ada blemish pada kulit

































Daun mula bertukar warna masa kami ke sini kira-kira 2 minggu lepas

Mungkin sekarang semua dah bertukar warna


Jadi warna oren macam ni

Sama warna dengan buah

Erra Fazira pun pernah datang ke sini rupanya ;)

8 comments:

  1. subhanallah cantiknyaaa... :D
    teringin nak gi orchard buah tapi belom ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik.. nanti tengok sambungan citer dan gambar kat orchard tu.

      Kalau ada rezeki jgn lepaskan peluang ke orchard. Mmg best betul :)

      Delete
  2. bestnyer kak... buah berangan kt situ takde ke dusun yg boleh petik2 jgk mcm persimmon tuh? cantik betul daun dia blh tukar oren ek kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak pulak pokok berangannya, persimmon ni tak boleh petik sendiri. tengok pokok boleh la.
      Haa mmg daun dia tukar oren waktu musim luruh. Cantik sangat warnanya terang macam api :)

      Delete
  3. Kak umi,buah persimmon tu mmg fav la.x pernah lagi jumpa pokok dia.ini baru tahu color daun dia tukar color.hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fi, sayang sekali dok jauh kalau tak boleh tunjuk kat mana kebun ni. Cantik sangat pokok bila dah tukar kaler. :)

      Delete
  4. persimmon tu dapat jugaklah nekcik rasa yg fresh masa di korea...manis sesangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maniss sgt Nekcik. Tahun ni umi kurang makan persimmon walau suka beli banyak2, bagi kat kawan2 rasa :)

      Delete