Tuesday, September 10, 2013

Roleystone markets in spring

Hari Ahad yang lalu kami telah ke Roleystone Markets yang diadakan 4 kali setahun bermula 9 pagi sehingga 1 petang. Market seterusnya adalah pada 8 Disember iaitu Roleystone Christmas Market with Special Guest dari jam 3 petang sehingga 7 malam.

Boleh tahan juga gerai jualan yang ada, agak sederhana dan tidak sebesar Small Farm Field Day di Balingup. Sekurang-kurangnya market ini terletak tidak jauh dari rumah, iaitu kira-kira setengah jam perjalanan dari Perth. Selain jualan barangan kraf, terdapat gerai makanan, pameran kereta dan motosikal, aktiviti untuk kanak-kanak, jualan anak pokok dan juga car boot sale.

Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook Roleystone markets di SINI. Alamatnya Cnr Robin Rd and Jarrah Road, Roleystone WA 6111.

Jom tengok gambar.
Suka dapat jalan-jalan kalau ada benda yang menarik untuk dibeli :p

Pony ride.. mulanya tak ramai lepas tu panjang pulak queuenya

Gerai pakaian dan beg

Minions!

Sudah sambar satu!

Kraf lukisan

Cantik juga yang ni

Pakaian dan soft toy untuk kanak-kanak

Gerai cupcake

Skirt ikan duyung!

Persembahan artis tempatan

Pameran kereta antik

Seronoknya kalau dapat naik kereta ni :)

Bouncy castle by gold coin donation

Old Macdonalds's Travelling Farm.. tak boleh masuk sbb ada anak oink oink :p




Community garden

Sayuran yang segar dan besar-besar sekali

Bunga kobis dan lettuce

African daisy yang cantik

Suasana waktu hampir tengahari

Jom ke car boot sale pula

Diadakan di kawasan letak kereta seberang jalan dari market

Berkenan dua lukisan ini

Mainan dan buku dijual dengan murah

Cross stitch pun ada

Logo 
Acuan yang saya beli

14 comments:

  1. mcm2 ada... comfirm rambang mata kalu pg kan kak... berkenan lah ngn topi minions tuh.... dpt 1 utk aiyan msti comei heheheh...

    yg comunity garden tuh mmg ramai2 org punye ke kak? geram betul nengok pokok celery tuh... ke pokok daup sup tuh? huhuhui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mmg rambang mata. Ni first time jumpa topi minion tu. kalau murah boleh la beli lebih sikit sbb kiut sgt hihi

      community garden ni tak pasti siapa punya sbb mcm terletak kat perkarangan sekolah aje. Yg dlm gambar tu pokok sup, kat sini pokok sup mmg besar2 :)

      Delete
  2. Replies
    1. Rambang mata Normi, susah nak pilih yg betul2 berkenan. Byk membeli kat car boot sale aje sbb walaupun brg terpakai, sgt murah dan masih elok :)

      Delete
  3. Replies
    1. Best cuma kena rajin mencari sebab aktiviti macam ni tak selalu dan tempatnya boleh tahan jauh dr rumah :)

      Delete
  4. As salam Kak Umi..
    Cantiknya tgk bunga2 ni...hirup lak air choc...bestnyee
    Jacaranda yg kaler purple tu da start keluar ke kak umi?ntah betul x spelling,main tulis je:p
    Btw,april next year kak umi masih di sana? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Hannani..
      Haah bestlah pergi ke situ.. tunggu bunga ros kembang boleh pergi lagi.
      Jacaranda belum berbunga lagi.. tunggu summer baru dia berbunga. Dkt2 hujung tahun camtu. April InsyaaAllah ada di sini lagi. Jom la dtg, ingat nak pegi Balingup lg :)

      Delete
    2. yeayy! Insyaallah ,baru perancangan.Kalau betul2 jadi kami bgtau ye:) wah boleh join pergi Balingup dgn kak Umi...paizi nak ajak memancing lagi..hihi

      Delete
    3. Orait. rasanya next year diorang buat small farm field day on third saturday of april juga. plan awal2 la boleh book accommodation lepas tu kita pegi ladang epal sekali. mancing tu dah tentu.. ni ada org dah tak sabar nak pegi memancing. nasib baik north mole tutup skrg, oktober baru buka. LOL

      Delete
  5. Eh..sebenarnye sy nak komen entry kat atas,cemane leh tersend kat sini pun tatau..hehehe..sowiiii

    ReplyDelete
  6. Saya nak g perth dgn mak ayah 18 ke 22 sept ni..saje tengok nukilan pada tarikh yang lebih kurang mana tau ada yg menarik kebetulan dapat la emel saya kalkick@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senarai events boleh check dekat sini http://www.weekendnotes.com/perth/ atau http://visitperthcity.com.au/

      Delete