Wednesday, January 23, 2013

Halal Meat (Beef and Chicken) @ Coventry Village, Morley WA

Pertama sekali Salam Maulidur Rasul kepada anda semua.. Yang berada di Msia untunglah jd public holiday ya. Kat sini mcm biasa aje, cuma Isnin depan barulah public holiday sempena sambutan Australia Day pada 26 Januari. Sekejap saja masa berlalu kita dah hampir ke penghujung Januari 2013..

Jom sambung cerita pasal Coventry Village lagi. Apa yang menariknya semasa kami ke sini adalah selain dari  beberapa pilihan kafe dan restoran halal, terdapat juga beberapa kedai menjual daging dan ayam yang halal. Dalam entry ni saja ada 3 buah kedai. Tak perasan kalau ada lagi sebab sempat tengok yang ini aje. Sekurang2nya ada banyak pilihan juga di sini.

Coventry Village ni ala2 mcm pasar atau bazaar aje. Selain dr kedai mkn, kedai daging, kedai seafood, ada lagi kedai barang2 rumah, gourmet food, makanan yg pelik2 dan specialty, kedai pakaian.. mmg cacamerba lah. Tapi sgt best sebab semuanya di bawah satu bumbung. Walaupun kedai jual ikan dan daging dalam tempat yang sama, tak ada pula bau busuk, basah atau lecak mcm pasar di tempat kita kan. Satu contoh yang baik untuk kita.. sangat bersih tempat ini.
Alamatnya:
Coventry Village
243-253 Walter Road West
Morley WA
Website: http://www.coventryvillage.com.au/
Chicken franks.. harga boleh tahan mahal juga tp beli juga satu pek nak rasa






Gerai ni menjual ayam dan kebanyakan produk2 berasaskan ayam. Yg dah siap marinate pun ada

Selain dr frank, ada juga beef pastrami

Senang nak cam tengok kaler oren nih. Sijil halal ada kat dinding

Logo halal besar terpampang

Ayam dijual dalam potongan2

Halal maa

Nama gerai


Boleh semak harga hehe

Ni satu lagi kedai menjual ayam halal. Salah sorang pekerjanya mai dr Sg Petani noo

Chicken schnitzel semua ada

Logo halal ada eh tp dah expired tuh. Patutnya kena renewlah

Sosej, satay semua ada
Yg ni lak banyak jual daging. Berdepan aje dgn Pretza Cino

7 comments:

  1. senang nak jalan kat oz kan sbb byk barang halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling senang kat Perth ni la Kak, kalau tmpt lain pun ada.. asalkan ada ramai org muslim mesti senang cr brg halal :)

      Delete
  2. salam kak.
    bgus sgt info2 ni.time kasih sgt2!
    nak tanye, kedai2 yg halal nie bese ttp pkul brape ye.
    kalau dtg dlm pkul 6 smpt x agak2 nak beli. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Sama2.. kedai2 mcm ni mungkin tutup pukul 5. Sis duduk area mana? kat mirrabooka pun ada kedai daging halal.

      Delete
  3. Salam Kak nak tanya.. kalau tinggal di central perth mana nak beli ayam hot dog halal semua. mcm kedai bently tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Kalau duduk kat CBD boleh aje beli ayam halal brand steggles. Biasanya kat ruangan frozen. Produk steggles mcm nugget, burger semua ada.
      Atau boleh cari halal meats berdekatan kat sini:
      http://www.halalbooklet.com/halaldirectories.html

      Delete
    2. Ayam steggles dijual kat pasaraya coles, woolies dan IGA

      Delete