Monday, January 28, 2013

Gulai ketam

Hari ini (Isnin) adalah cuti umum di sini, iaitu cuti ganti sempena Australia Day yang jatuh pada hari Sabtu 26 Januari yang lepas. Sampai sy pun terbawa2 mood cuti malas nak update blog hehehe..

Sebenarnya cuaca dah mula panas semula, jadi rasa tak berapa best nak duduk depan komputer ni bila mata asyik nak tertutup aje tambah2 lepas perut kenyang.

Alhamdulillah juga tiap kali kami pergi crabbing, ada rezeki ketam untuk kami sampai kehabisan idea nak masak apa dah. So kali ni kami try buat gulai ketam pulak.. mmg awesome sekali!
(p/s: musim ini mmg ramai suka fishing dan crabbing, tapi perlu ingat semua ni adalah rezeki ya. Mcm nelayan juga, ada masa murah rezeki, ada masa pulang tangan kosong. Kadang2 ada ikan beribu2 di depan mata, tapi nak pancing dan dapat seekor pun susah. Kadang2 dalam 10 jaring ketam yang dilabuhkan, bila diangkat, cuma satu atau dua saja berisi ketam. Ada masa rezeki di jaring kita, ada masa tuah orang lain..:) )

Oh ya, dah lama rasanya saya tak buat GA ya. Tengah fikir2 ni..agak2 hadiah apa yg anda suka ya? Buku? barangan dapur? baking tools? Jangan minta kuali aje dah la.. kuali tu limited edition hanya dibuat masa saya ada peluang balik bercuti aje :D
Ketam penjaga ubi? hehe

Sori ya agak comot sikit mangkuk tu. Kena cepat2 amik gambar sbb masing2 dah lapar nak mkn :)

8 comments:

  1. sedapnya! saya dah nak balik dah esok, boleh bantai makan puas2, nanti saya update makanan khas untuk kak ummi, heheh, sydney hujan non stop sekarang ni, banjir lak kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berangkat pulang Zul.. makan sedap2 kat sana nanti jgn lupa kami di sini ya. Lepas ni meleleh tgk makanan kat blog Zul pulak.

      Sydney tengah hujan skrg ni ya.. cuaca mmg tak menentu. Kat sini dah start nak panas balik.

      Delete
  2. sedapnyer Umi...marah betoi ketam tu sbb Umi ambik gambaq dia kot....ha ha ha...nampak ganaih ja tgk ketam tu....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap sekali hehe.. haah dia tgh marah tu sbb dah la kena masak, dah tu kena posing pulak.

      Ketam ni mmg ganas, lepas kita tangkap dia mesti dia nak lari atau nak sepit kita dgn penyepitnya tu :p

      Delete
  3. Umi,

    alahai terliurnya gulai tu...besar2 ketamnyer...resepi kelantan ker?

    k nanti nk cuba nasib lg ga umi...kitchen tools pon ok umi...kihkihkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar jugak ketamnya. Kat sini tak boleh tangkap ketam bawah dari sazi dibenarkan.
      Tak perasan lak resepi mana, sbb pakai perencah kari adabi aje :p
      Good idea for GA :)

      Delete