Monday, January 7, 2013

Jalan2 Mandurah

Akhirnya kami sampai juga ke Mandurah ni. Jauhnya dari bandar Perth ialah kira2 65 km dan perjalanan mengambil masa kira2 50 minit melalui Kwinana Freeway. Highway kat sini tak mcm di Msia ya, hampir separuh perjalanan ke Rockingham halajunya ialah 100km/j dan kemudian barulah 110km/j. Sila ikut halaju ditetapkan kerana ada kamera trafik yang diletakkan di tempat strategik contohnya bawah jejantas.

Tempat tujuan kami ialah ke WATERSIDE DRIVE, Mandurah. Ini adalah antara tempat2 popular untuk crabbing. Ada tempat2 lain lagi kerana Mandurah ni agak luas cuma mungkin kat sini popular sebab ada jambatan yg sgt digemari krn boleh berlindung dari cuaca panas.

Antara teknik 'crabbing' yang digunakan ialah menyauk menggunakan net (jaring) ataupun drop net (menjatuhkan jaring ke dalam air yg diletakkan umpan) di jeti. Ada juga yg menaiki bot, ataupun menyelam (scuba diving). Biasanya org dtg ke sini waktu awal pagi semasa hari masih belum panas. Kalau lewat sikit mcm waktu kami ke sini, air sudah menjadi keruh disebabkan aktiviti bot disini dan agak susah mencari ketam di dalam air. Setelah mencuba, dapat juga 3 ekor ketam yang kecil2 tapi terpaksa dilepaskan semula ke dalam air kerana tak cukup saiz.

Sebagai panduan ringkas:

- Saiz ketam yg dibenarkan ialah 127mm (lebar dari hujung ke hujung bahagian yg tajam di kulitnya)
- Jumlah tangkapan dibenarkan ialah hanya 10 ekor utk setiap orang
- Ketam tak cukup saiz dan ketam betina yg bertelur tak dibenarkan dan perlu dilepaskan semula dalam tempoh 5 minit. Jika didapati melakukan kesalahan ini boleh didenda sehingga $5000.
- Perlu tahu tempoh yg dibenarkan untuk crabbing iaitu:
Peel-Harvey Estuary near Mandurah (all waters upstream from the ocean) closed to crab fishing 1 September to 31 October.
Cockburn Sound closed to crab fishing 1 September to 14 December

Maklumat lanjut boleh didapati disini:

http://www.fish.wa.gov.au/Species/Blue-Swimmer-Crabs/Pages/Crab-Recreational-Fishing.aspx
atau http://www.fish.wa.gov.au/Documents/recreational_fishing/additional_fishing_information/rules_guide_crabbing_west_coast.pdf

pemandangan

boleh berjalan di sepanjang pantai ini

playground dan jambatan


lokasi orang memancing dan menangkap ketam

Kemudahan toilet di kawasan ini. Kalau nak crabbing di bawah jambatan, boleh naik ikut tangga di sebelah kanan

playground pun ada


crabbing bawah jambatan 

fishing dalam air

ni guna drop net

ramai jugak kan.. termasuk burung dlm air tu he he

pakcik ni mancing kat tepi je

budak dua org ni tak masuk dlm air pun

hati2. kat sinilah ada budak perempuan terjatuh dan lemas dalam air baru2 ni

banyak bot lalu lalang membuatkan air berombak dan keruh

ntah apa lah diorang buat ni

posing 

suka tengok kulit siput ni

rasa cam nak kutip je :)

11 comments:

  1. Assalamualaikum Umi....
    Cantiknya pemandangan kat Mandurah ni... kan.
    Teringat kenangan suatu ketika dahulu pernah berkelah kat sini bersama keluarga.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt..
    Haah cantik kan.. mmg sesuai sekali utk berkelah dgn keluarga. rasa aman damai aje tempatnya :)

    ReplyDelete
  3. salam umi, cantik dan bersihnya tempat depa, tak nampak sampah pun. Sedih bila chek pi "Pantai Bersih" tapi penuh dengan segala "maknenek" sampah !!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      betui tu bersih kan tempat depa. takdak sampah pun. tempat kita ni kalau nama pantai bersih lagi la depa nak buat kotoq :p

      Delete
  4. bestnya.. teringin nak crabbing tapi xtau tempat yang paling dekat dengan Melbourne.. semua macam jauh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brp jarak terdekat laut dgn Melbourne? mesti agak jauh kan? kat sana summer panas sgt tak? so buat aktiviti apa time2 mcm ni? :)

      Delete
  5. Salam Kak Umi,sonoknya tgk satu family gi tangkap ketam...wat masak apa tu..mesti manis mkn fresh2 kan...yummy2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani,
      mmg seronok pegi crabbing ni. Duduk rumah sj pun boring juga, kesian kat budak2 cuti sekolah tak ke mana2.
      Ketam tu k umi cuma rebus atau stim aje dan mkn dgn air asam dan nasi panas2.. fuhh mmg manis sbb sgt fresh :)

      Delete
    2. Terliur dgr mkn ngan air asam+ nasi..hehe..rezeki anak2 ye...alhamdulillah,nanti dah besar2..mesti diorg ingat balik experience crabbing ngan family:)

      Delete
    3. Yiyi je mkn ketam. Abg dia tak mkn langsung, tp rajin tolong angkat crabbing net. nak pegang ketam pun takut. Mmg betul experience kat sini sgt berharga :)

      Delete